Followers

Shadow Word generated at Pimp-My-Profile.com

Tuesday, 1 May 2012

4 Tanda Sekiranya Lelaki Serius Terhadap Perhubungan


Betul ke teman lelaki anda serius dalam hubungan yang anda jalinkan? Anda pasti? Anda sendiri tidak tahu jawapannya bukan. Dalam perhubungan mesti kita hendak tahu pasangan kita itu serius atau tidak atau sekadar teman untuk berseronok sahaja?
Untuk apa kita buang masa, wang ringgit, tenaga dan sanggup berkorban kerana si dia sedangkan dia sendiri tidak menghargai kita dan tidak serius dengan hubungan yang dijalinkan. Biasanya lelaki sering dianggap punca dalam permasalahan cinta. Main kayu tiga itulah lelaki, tak jujur itulah lelaki jadi macamana nak tahu lelaki tu serius atau tidak dalam percintaan? Jom ketahuinya tanda-tanda lelaki seperti itu.

Akan memperkenalkan pasangan kepada keluarga dan sahabat mereka

Seorang lelaki yang serius terhadap perhubungan akan cuba untuk memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga atau rakan. Ini menunjukkan bahawa mereka telah menganggap pasangan adalah sebahagian daripada hidup mereka. Pada kebiasaannya, seorang lelaki akan cuba untuk menyembunyikan hubungan yang mereka rasakan tidak serius terutamanya terhadap ahli keluarga.
Ini adalah untuk mengelakkan perspektif negatif daripada keluarga terhadap mereka. Tetapi sekiranya mereka mempunyai alasan kukuh untuk tidak mengenalkan anda pada ahli keluarga, anda perlu cuba untuk memahami situasi mereka. Mungkin masa tidak mengizinkan lagi mereka berbuat sedemikian.

Mengingati apa yang telah berlaku dalam hidup anda lebih daripada yang anda sendiri ingat

Seorang lelaki yang serius terhadap perhubungan akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati pasangan mereka. Apabila mereka berusaha keras dan fokus pada setiap perkataan yang anda luahkan, ia menunjukkan bahawa setiap luahan adalah amat penting untuk mereka.
Ini adalah sebagai bukti yang tidak disampaikan dengan kata-kata bahawa mereka amat menghargai kehadiran anda di dalam kehidupan mereka. Selain daripada itu, cara ini juga digunakan untuk mengenali diri anda dengan lebih mendalam.

Mengambil berat terhadap perkara yang anda lakukan

Adalah tanggungjawab seorang lelaki untuk menjaga seorang wanita. Sekiranya mereka mengambil berat terhadap perkara yang anda lakukan, ia menunjukkan bahawa mereka serius terhadap perhubungan. Ini adalah kerana pada kebiasaannya, lelaki yang hanya berniat untuk bermain akan tidak memperdulikan terhadap apa yang anda lakukan.
Tiada perasaan tanggungjawab di dalam diri mereka terhadap diri anda. Berkemungkinan juga mereka belum bersedia untuk berkongsi hidup atau menjalinkan hubungan hanya untuk menghilangkan kesunyian mereka sahaja. Apabila mereka tidak sunyi, anda mungkin akan ditinggalkan.

Berkongsi masalah

Pada kebiasaannya, seorang lelaki akan sukar untuk berkongsi masalah terutamanya melibatkan masalah peribadi. Mereka hanya akan berkongsi masalah hanya kepada orang yang mereka betul-betul percaya sahaja. Sekiranya mereka sudah bersedia untuk berkongsi masalah terhadap anda, ini adalah petunjuk bahawa mereka sudah mempercayai anda dan telah menerima anda sebahagian daripada hidup mereka.
Tetapi awas, anda perlu bijak untuk mengesan adakah luahan hati mereka betul-betul ikhlas atau hanya cuba untuk menagih simpati anda. Seorang lelaki tidak akan menceritakan semua masalah mereka jika baru sehari dua berkenalan, kebiasaannya ia mengambil masa yang lama. Jika pada permulaan perkenalan telah pelbagai masalah dikongsikan dengan anda, anda sepatutnya lebih berhati-hati.
Wahai wanita! Penting bagi anda untuk mengenalpasti adakah insan lelaki di samping anda itu benar-benar serius atau sebaliknya dalam menjalinkan hubungan dengan anda. Cuba check dengan tips yang diberikan di atas. Adakah si dia serius atau tidak? Jika tidak, ucapkanlah Hai Hai Bye Bye pada si dia. Kepada yang sedang melalui hubungan yang serius semoga berterusan ke alam perkahwinan

Sunday, 23 October 2011

knp boy2 suka tgk payudada girl?

Sudah bukan rahsia lagi kalau lelaki menyukai payudara wanita. Kajian pun membuktikan hal itu.
Dalam Daily Mail, menurut kajian, saat bertemu wanita, 47% lelaki langsung mengarahkan matanya pada payudara. Penelitian itu dilakukan oleh University of Wellington, New Zealand.
Dalam penelitian itu, para responden lelaki diminta untuk melihat enam gambar wanita yang sama. Saat itu, para peneliti merakam ke mana mata lelaki tertuju untuk pertama kalinya, berapa kali mereka melihat dan berapa lama tatapan itu berlangsung.
Hasilnya? “80% mata responden langsung melihat pada payudara dan bahagian tengah tubuh. Lelaki secara konsisten melihat pada payudara berbanding bahagian tubuh yang lain,” ujar salah satu peneliti.
Lantas apa yang membuat lelaki begitu tertarik pada payudara? Berikut ini jawapan beberapa lelaki seperti yang dimaklumkan di iVillage:
1. Menenangkan
Sejumlah lelaki menganggap payudara bahagian tubuh yang menenangkan. Hal itu sendiri berkait dengan fungsi bahagian tubuh itu, iaitu untuk menyusui. Payudara mengingatkan mereka pada fungsi tersebut dan kehangatan ibu saat sedang memberikan bayi susuan badan.
2. Simbol Kesuburan
Lelaki menganggap payudara adalah simbol kesuburan, pengasuhan dan kelangsungan hidup seorang makhluk hidup. Wanita yang memiliki payudara dianggap memiliki kemampuan untuk menghasilkan keturunan.
3. Kunci untuk Membuat Wanita Ghairah
Lelaki-lelaki tentu paham kalau wanita akan berghairah saat payudaranya di sentuh. Oleh karena itu, lelaki suka pada bahagian tubuh itu, apapun ukurannya. Dengan hanya menyentuh payudara, lelaki yakin mereka bisa membuat keinginan wanita meningkat.
4. Lelaki Makhluk Visual
Tidak seperti wanita yang bisa berghairah hanya dengan membaca novel romantis, lelaki memerlukan gambaran yang lebih jelas bagi meningkat keinginannya. Payudara lah yang dianggap dapat menjadi punca kenaikan tersebut.  Payudara dianggap bahagian tubuh yang paling indah.
5. Payudara Dianggap Seksi
Menunjukkan bahagian tubuh, terutama bagian intim seperti payudara, dianggap seksi untuk beberapa kalangan. Oleh kerana itu, lelaki semakin ingin  tahu. Semakin ditutup, lelaki akan semakin mencari tahu.

Wednesday, 28 September 2011

SWEET LIFE: Contact

SWEET LIFE: Contact: fax /phone number 017-6878975

SWEET LIFE: HoMe

SWEET LIFE: HoMe: TEMPAT INI MEMPUYAI KEMAHIRAN SISTEM KOMPUTER DAN ELEKTRIK. INSTITUT APERINTIS AMERO MENYEDIAKAN TAHAp PEnGAJIAN SIJIL DAN DIPLOMA...

Tuesday, 20 September 2011

5 SBB PEREMPUAN MENIPU.....



Kejujuran di dalam satu hubungan adalah amat penting. Namun setiap orang di dunia ini tidak pernah lari dari pada masalah. Keretakan sesuatu hubungan selalunya disebabkan penipuan dari salah satu pasangan. Tapi kali ini kita akan mengupas sebab-sebab perempuan menipu lelaki. Untuk lelaki pula mungkin pada entri akan datang.

1. Bosan
Hati perempuan lembut sentiasa menginginkan perhatian dan dimanjakan. Jika kurang diberi perhatian mereka akan berasa bosan dengan hubungan yang terjalin. Malah, mereka berasa diri mereka tidak dihargai. Mereka tidak sanggup untuk memberitahu perkara sebenar bahawa mereka sudah berasa bosan dengan pasangan mereka.

2. Balas Dendam
Mungkin seringkali ditipu dengan bekas teman lelaki, perempuan membuat keputusan untuk menipu teman lelaki barunya dengan niat membalas dendam. Mereka berfikiran lelaki ini adalah penipu besar dan tidak boleh dipercayai. Bak kata pepatah orang putih “What you give you get back” tapi balas dendam yang terbaik adalah memaafkan.

3. Hidup Terkongkong
Semua orang pastinya tidak mahu hidup mereka dikawal atau dikongkong oleh orang lain. Ruang kebebasan mereka telah dirampas oleh teman lelaki mereka. Kalau dah 24 jam call tanya tengah buat apa, dengan siapa. Siapa boleh tahan macam itu, lama-kelamaan orang akan mula berasa benci. Percaya satu sama lain adalah penting.

4. Power Of Money
Semua orang nak duit kerana duit juga seseorang itu hilang arah tuju. Zaman sekarang dengan adanya duit anda dapat menguasai dunia. Dengan duit anda boleh membuat macam-macam tidak kira kearah kebaikan atau sebaliknya. Sesetengah orang perempuan hanya memandang harta lelaki itu sahaja. Mana yang banyak duit, lelaki itu yang akan dipilih sebagai teman hidup mereka. Namun perempuan yang seperti ini hanya segelintir sahaja dan tidak ramai.

5. Orang Ketiga
Kebanyakan perempuan menipu adalah disebabkan mereka sudah ada penganti baru. Mereka terpaksa menipu dengan pelbagai alasan kerana takut untuk berterus-terang tentang kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka itu. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Lambat laun, rahsia orang ketiga tetap akan terbongkar juga.
            RENUNG2 KAN LAH EH WAHAI PEREMPUAN

Wednesday, 14 September 2011

BILE DIE MERAJUK

Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.
Buat Tak Tahu Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Menolak Untuk Makan Bersama Bila wanita merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )
Masam Muka Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk.
Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!
Keluar Rumah Tanpa Beritahu,Ada wanita yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
Matikan Telefon Bimbit Ha ni satu lagi tabiat Die. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!